Monday, August 6, 2012

Album Edutainment Terbitan Raihan (About Raihan)

Album Edutainment Terbitan Raihan (About Raihan)
Album Edutainment Terbitan Raihan (About Raihan)
Album Edutainment Terbitan Raihan (About Raihan) - Konsep album edutainment pernah mencatat rekod dalam sejarah industri Malaysia.Antaranya kejayaan kumpulan Alif Iqra' memperolehi jualan 50,000 unit dalam tempoh dua minggu untuk album pertama mereka,Iqra'.Kejayaan terbabit tercatat dalam Malaysia Book of Records.

 Namun album berkonsepkan edutainment dilihat kian hilang. Atas kesedaran untuk kembali melahirkan album berkonsepkan edutainment, Nile Production tampil menerbitkan album berhibur sambil belajar.

 Album dari kumpulan DHUHA tersebut berkonsepkan menyanyi sambil mempelajari bahasa Arab. Album tersebut sesuai untuk pelajar-pelajar & guru-guru mengikut sukatan j-QAF.

 Album berjudul Jom Menyanyi Bahasa Arab itu memuatkan 14 buah lagu bahasa Arab. Album kumpulan DHUHA diedarkan oleh Saffron Intergrated Marketing tersebut boleh didapati di stokis-stokis syarikat terbabit dengan harga RM20 (tidak termasuk pos) bagi Semenanjung Malaysia dan RM24 (tidak termasuk pos) bagi negeri Sabah dan Sarawak.

 Tempahan secara online juga boleh dilakukan melalui  info[at]tokguru.net atau hubungi 019-2404010 untuk pesanan melalui pos. Sedutan album boleh didengar di [sini].

RAIHAN BUAT DUA ALBUM EDUTAINMENT
Selain DHUHA, kumpulan RAIHAN turut muncul dengan album edutainment. Raihan tampil dengan dua buah album iaitu Lagu-lagu Hafalan serta Mengaji Dengan Cheam Raihan.

 Kedua-dua buah album ini diterbitkan oleh Raihan Records dan berharga RM19.90 setiap sebuah album. Dapatkan album-album edutainment ini dipasaran sekarang.
Album Edutainment Terbitan Raihan (About Raihan)

0 comment:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India